Fakta Kertas Putih

Kertas merupakan produk yang sering digunakan untuk tujuan penulisan, kebersihan, pembungkusan dan tujuan lain. Kertas putih terutamanya kertas tulis/pencetakan dan kertas tisu sering menjadi pilihan pengguna. Warna putih sering memberi satu persepsi yang bersih dan selamat kepada orang ramai. Hakikatnya, tidak. Kertas yang putih perlu melalui proses pelunturan yang menglibatkan pelbagai peringkat dengan beberapa jenis agen peluntur yang berbeza. Di samping itu, bahan pencerah seperti agen pendarfluor ditambah untuk meningkatkan kecerahan kertas tersebut.

Agen peluntur dan agen pendarfluor yang terdapat pada kertas bukan hanya membahayakan pengguna, malah sisa daripada proses pelunturan semasa pemprosesan pulpa turut memberi impak kepada alam sekitar melalui pencemaran udara dan pencemaran air. Rakyat di negara maju seperti Jepun, China dan negara Eropah telah mempergiatkan penggunaan kertas tanpa pelunturan atau pelunturan separa. Produk kertas tanpa pelunturan atau pelunturan separa pun semakin dijumpai di pasaran Malaysia. Semoga rakyat Malaysia akan lebih menyokong produk kertas tanpa pelunturan atau separa pelunturan pada masa akan datang.

Dr Boon Jia Geng